Jurulatih anjing ditahan reman kes video ‘raya’

Posted: August 5, 2013 in berita malaysia, berita tempatan, berita terkini

Mahkamah Majistret Segamat memberi kebenaran kepada polis untuk menahan reman jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof selama satu hari sehingga tengahari esok.
Maznah, 38, disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan berhubung kesalahan menjejaskan keharmonian melibatkan agama serta Seksyen 4 Akta Hasutan.
Maznah yang juga dikenali dengan nama jolokan Chetz meraih kontroversi ekoran video ucapan Hari Raya Aidil Fitri bersama anjing yang dimuatnaik tiga tahun lalu, dan mendapat perhatian dan dilaporkan meluas oleh media sejak Selasa lalu.
Sementara itu peguam Latheefa Koya dari Lawyers for Liberty memberitahu KiniTV hari ini bahwa pihak polis memohon untuk menahan reman Maznah selama empat hari tetapi majistret hanya membenarkan sehingga petang esok.
Katanya, polis harus melepaskan Maznah esok tetapi mereka boleh membuat permohonan untuk melanjutkan tahanan reman.
Bagaimanapun, Latheefa berkata, beliau tidak nampak sebarang sebab bagaimana mereka boleh berbuat demikian. [Baca berita penuh]
Sementera itu, Bernama melaporkan, Maznah telah dipindahkan dari Bukit Aman ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, Johor, untuk siasatan lanjut berhubung kes itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata laporan pertama mengenai video itu telah dibuat di Segamat dan IPD Segamat akan mengambil alih siasatan itu.
“Kita telah pindahkannya hari ini. Semua laporan berkaitan dengannya akan diserahkan ke sana (IPD Segamat),” katanya kepada pemberita hari ini.
Semalam Maznah, 38, yang dikenali sebagai Chetz ditahan di cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Mengenai perkembangan kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi, Mohmad berkata polis akan mengambil keterangan daripada isteri Hussain, Chong Mei Kuen, 49, setelah keadaannya pulih selepas cedera ditembak.
“Dia masih dirawat di hospital dan setakat ini sahaja perkembangan yang boleh saya berikan,” katanya.
Dalam kejadian tiga hari lepas itu, Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah apabila ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah kuil Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon.
Semalam, polis mengeluarkan gambar suspek dikenali sebagai Sci Ngan Zai atau Ah Chian dan telah menahan pemandu teksi berusia 44 tahun yang membawa suspek itu keluar daripada kawasan kejadian.
Beliau juga enggan mengulas sama ada insiden itu berkaitan dengan pembelian hartanah di kawasan tempat parkir mangsa ditembak.

ch_client = “sanilbans”; ch_width = 450; ch_height = 90; ch_type = “mpu”; ch_sid = “Chitika Default”; ch_color_site_link = “0000CC”; ch_color_title = “0000CC”; ch_color_border = “FFFFFF”; ch_color_text = “000000”; ch_color_bg = “FFFFFF”;

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s