Archive for August, 2013

Mahkamah Majistret Segamat memberi kebenaran kepada polis untuk menahan reman jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof selama satu hari sehingga tengahari esok.
Maznah, 38, disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan berhubung kesalahan menjejaskan keharmonian melibatkan agama serta Seksyen 4 Akta Hasutan.
Maznah yang juga dikenali dengan nama jolokan Chetz meraih kontroversi ekoran video ucapan Hari Raya Aidil Fitri bersama anjing yang dimuatnaik tiga tahun lalu, dan mendapat perhatian dan dilaporkan meluas oleh media sejak Selasa lalu.
Sementara itu peguam Latheefa Koya dari Lawyers for Liberty memberitahu KiniTV hari ini bahwa pihak polis memohon untuk menahan reman Maznah selama empat hari tetapi majistret hanya membenarkan sehingga petang esok.
Katanya, polis harus melepaskan Maznah esok tetapi mereka boleh membuat permohonan untuk melanjutkan tahanan reman.
Bagaimanapun, Latheefa berkata, beliau tidak nampak sebarang sebab bagaimana mereka boleh berbuat demikian. [Baca berita penuh]
Sementera itu, Bernama melaporkan, Maznah telah dipindahkan dari Bukit Aman ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, Johor, untuk siasatan lanjut berhubung kes itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata laporan pertama mengenai video itu telah dibuat di Segamat dan IPD Segamat akan mengambil alih siasatan itu.
“Kita telah pindahkannya hari ini. Semua laporan berkaitan dengannya akan diserahkan ke sana (IPD Segamat),” katanya kepada pemberita hari ini.
Semalam Maznah, 38, yang dikenali sebagai Chetz ditahan di cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Mengenai perkembangan kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi, Mohmad berkata polis akan mengambil keterangan daripada isteri Hussain, Chong Mei Kuen, 49, setelah keadaannya pulih selepas cedera ditembak.
“Dia masih dirawat di hospital dan setakat ini sahaja perkembangan yang boleh saya berikan,” katanya.
Dalam kejadian tiga hari lepas itu, Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah apabila ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah kuil Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon.
Semalam, polis mengeluarkan gambar suspek dikenali sebagai Sci Ngan Zai atau Ah Chian dan telah menahan pemandu teksi berusia 44 tahun yang membawa suspek itu keluar daripada kawasan kejadian.
Beliau juga enggan mengulas sama ada insiden itu berkaitan dengan pembelian hartanah di kawasan tempat parkir mangsa ditembak.

ch_client = “sanilbans”; ch_width = 450; ch_height = 90; ch_type = “mpu”; ch_sid = “Chitika Default”; ch_color_site_link = “0000CC”; ch_color_title = “0000CC”; ch_color_border = “FFFFFF”; ch_color_text = “000000”; ch_color_bg = “FFFFFF”;

Seorang anggota seumur hidup PAS membuat aduan kepada Jawatankuasa Disiplin berhubung kenyataan anggota Majlis Syura Zaharuddin Muhammad, yang juga menantu presiden, kerana menuduh terdapat sabotaj dalaman secara terbuka.
Dalam surat yang dihantar hari ini yang salinannya diberikan kepada Malaysiakini, Zulhazmi Shariff menggesa jawatankuasa displin menyiasat kesahihan dakwaan Zaharuddin yang dikatakan berlaku semasa pilihan raya umum lalu.
Bagaimanapun, jika ia ternyata tidak benar, penuduh patut dikenakan tindakan kerana mencemarkan imej parti di mata masyarakat, kata Zulhazmi ( atas ).
Pengamal undang-undang itu mencadangkan Zaharuddin disiasat bawah fasal 82(1)(g) perlembagaan PAS, berkaitan tindakan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti.
Beliau merujuk tulisan Zaharudin di Facebook yang menjawab laporan sebuah portal berita yang mendakwanya mempengaruhi Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani watikah calon PAS Kota Damansara, yang kemudiannya menyebabkan pertembungan dengan PKR.
“Berdasarkan tulisan tersebut sangat jelas, terang dan nyata bahawa Saudara Zaharudin Muhammad menyebut dan membuat tuduhan terbuka bahawa ada unsur-unsur sabotaj dalaman semasa pilihan raya umum ke-13, malah usaha sabotaj tersebut bertujuan menjatuhkan presiden dan timbalan mursyidul am (Datuk Haron Din).
“Ini adalah suatu tuduhan yang berat secara terbuka yang boleh menyebabkan pelbagai spekulasi buruk terhadap mana-mana pimpinan PAS mahupun ahli-ahli biasa PAS dan secara tidak langsung memberikan imej negatif terhadap PAS sendiri,” surat itu dipetik.
Malaysiakini sudah menghubungi Zaharuddin ( atas ) bagaimanapun belum terdapat reaksi diberikan setakat ini.

ch_client = “sanilbans”; ch_width = 450; ch_height = 90; ch_type = “mpu”; ch_sid = “Chitika Default”; ch_color_site_link = “0000CC”; ch_color_title = “0000CC”; ch_color_border = “FFFFFF”; ch_color_text = “000000”; ch_color_bg = “FFFFFF”;